AS perlu pergi ke Iran rampas aset nuklear -Trump

AS perlu pergi ke Iran rampas aset nuklear – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, tentera AS perlu menjalankan misi ke Iran untuk mendapatkan aset nuklear selepas serangan udara yang menyebabkan kemudahan pengayaan Teheran tertimbus.

“Sekarang kita akan terima sedikit risiko, kerana kita perlu membuat perjalanan ke Iran untuk mengambil senjata nuklear itu,” kata Trump kepada wartawan.

Beliau dipercayai merujuk kepada kira-kira 453.6 kilogram uranium diperkaya yang dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan tapak yang diserang dalam operasi AS-Israel pada Jun lalu.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi mengesahkan bahan itu masih di bawah runtuhan tanpa rancangan segera untuk mengeluarkannya.

Trump menegaskan Washington telah memusnahkan keupayaan nuklear Teheran.

“Kami telah meletupkan potensi nuklear mereka. Ia musnah sepenuhnya,” katanya, sambil menambah Iran akan mengambil masa beberapa minggu untuk mencapai bahan tersebut dan AS tidak akan membenarkan mereka menggali kerana tentera sentiasa memantau kawasan itu.

Trump berkata, Iran sedar mereka tiada peluang, walaupun mengeluarkan dakwaan awam berbeza.

“Mereka mengatakannya kepada saya apabila saya bercakap dengan mereka, tetapi kemudian mereka muncul di televisyen dan berkata sebaliknya.

“Mereka tidak suka permainan ini dengan kami. Mereka langsung tidak menyukainya,” katanya.

Trump berkata, Iran mahu memuktamadkan perjanjian kerana tentera mereka sudah musnah sepenuhnya.

Beliau menyatakan Teheran perlu melakukan perkara bijak untuk mengelakkan konflik lanjut.

“Kita tidak mahu masuk dan membunuh orang,” katanya.

Presiden AS itu juga mendakwa Iran kini lebih menghormati Washington berbanding sebelum ini akibat tekanan semasa.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN