KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, beliau mahu sekatan tenaga ke atas Russia dikenakan semula susulan perjanjian gencatan senjata AS–Iran yang dijangka membuka semula Selat Hormuz, laluan penting kepada bekalan tenaga global. Amerika Syarikat melonggarkan beberapa sekatan minyak ke atas Russia bulan lalu bagi menangani kenaikan kos tenaga akibat perang di Asia Barat. Kyiv dan sekutunya memberi amaran langkah itu boleh membantu membiayai perang Moscow terhadap Ukraine. “Kini gencatan senjata…










