Trump pecat Ketua Turus Tentera Darat AS - Utusan Malaysia

Trump pecat Ketua Turus Tentera Darat AS

GEORGE dipecat pentadbiran Trump sebagai Ketua Turus Tentera Darat AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump telah memecat Ketua Turuf Tentera Darat Amerika Syarikat (AS), Jeneral Randy George dan dua lagi pegawai kanan, menurut pegawai pada Jumaat.

Ia merupakan satu rombakan mengejut ketika tentera Amerika sedang terlibat dalam peperangan besar menentang Iran.

Pemecatan George oleh Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, yang merupakan jeneral tertinggi Tentera Darat Amerika, merupakan yang terbaharu dalam siri pemergian berprofil tinggi.

Tidak banyak penjelasan awam diberikan berhubung pemecatan George, seorang veteran yang menerima pelbagai anugerah dan mengetuai tentera darat.

Pemecatan itu berlaku ketika AS kini memasuki lebih sebulan kempen pengeboman sengit terhadap Iran, yang menurut Trump akan berterusan untuk beberapa minggu lagi.

Jurucakap Jabatan Pertahanan As atau Pentagon, Sean Parnell, memuat naik satu kenyataan di platform X lewat Khamis bahawa George akan bersara daripada jawatannya. berkuat kuasa serta-merta.

Sepanjang hampir empat dekad kerjaya ketenteraannya, George telah beberapa kali dikerahkan ke Iraq dan Afghanistan.

Beliau pernah memegang jawatan termasuk Timbalan Ketua Turus Tentera Darat dan pembantu kanan ketenteraan kepada bekas Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin semasa penggal Joe Biden sebagai presiden.

Timbalan Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral Christopher LaNeve akan mengambil alih sebagai pemangku ketua turus, menurut laporan media.

Hegseth sebelum ini berkata LaNeve ialah seorang pemimpin yang telah teruji di medan perang dengan pengalaman operasi selama beberapa dekad.

Seorang pegawai turut mengesahkan bahawa Jeneral David Hodne dan Mejar Jeneral William Green Jr. turut disingkirkan bersama George. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN