Trump dakwa Presiden Iran minta gencatan senjata - Utusan Malaysia

Trump dakwa Presiden Iran minta gencatan senjata

TRUMP (kanan) mendakwa presiden Iran meminta gencatan senjata. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa pada Rabu bahawa Presiden Iran, Masoud Pezeshkian telah meminta gencatan senjata.

Namun, beliau berkata, republik Islam itu mesti terlebih dahulu membuka semula Selat Hormuz. Beliau juga menjadi tumpuan dunia kerana akan membuat ucapan yang akan disiarkan di televisyen dari Rumah Putih pada pukul 9.00 malam waktu tempatan.

Menulis di laman sosial miliknya, Truth Social menjelang ucapannya, Trump berkata bahawa AS akan mempertimbangkan gencatan senjata apabila Selat Hormuz dibuka, bebas dan selamat untuk dilalui.

“Sehingga itu, kami sedang menghancurkan Iran sepenuhnya atau seperti yang mereka katakan, mengembalikannya ke Zaman Batu!”, tulisnya di laman itu.

Trump itu akan membuat ucapan pertamanya sejak serangan AS-Israel pada 28 Februari yang mencetuskan perang.

Ia dibuat ketika kadar sokongan terhadapnya merosot, kebimbangan ekonomi meningkat dan kesan diplomatik terus memuncak.

Nada Trump telah berubah-ubah antara keras dan berdamai sejak perang bermula. Pada Selasa, beliau berkata konflik yang telah berlanjutan selama sebulan itu mungkin akan berakhir dalam dua minggu atau tiga minggu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN