TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pihaknya menyokong keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menggantung serangan ke atas Iran namun menegaskan gencatan senjata saat akhir itu tidak melibatkan perang rejim Zionis itu menentang Hizbollah di Lubnan. Washington dan Teheran bersetuju dengan gencatan senjata dua minggu, kurang sejam sebelum tarikh akhir Trump untuk memusnahkan Iran tamat. Teheran berkata, ia akan menjamin laluan selamat bagi trafik maritim melalui…










