Juruterbang AS ditemukan selepas Iran tembak jatuh jet - Trump - Utusan Malaysia

Juruterbang AS ditemukan selepas Iran tembak jatuh jet – Trump

GAMBAR fail dua buah jet-15 (kiri) di New Orleans, AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Ahad berkata bahawa pasukan Amerika Syarikat (AS) telah berjaya membawa pulang seorang lagi anggota tentera udara selepas jet pejuang yang dinaikinya ditembak jatuh di Iran.

Beliau menyifatkan misi itu sebagai salah satu operasi mencari dan menyelamat yang paling berani dalam sejarah AS.

Pengumuman itu dibuat ketika Iran melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Israel dan Kuwait awal pagi Ahad.

Trump mendedahkan perkara itu sehari selepas beliau berkata, republik Islam itu mempunyai 48 jam untuk mencapai persetujuan atau berdepan ‘neraka.’

“Pejuang yang berani ini berada di sebalik barisan musuh di kawasan pergunungan Iran yang berbahaya, sedang diburu oleh musuh kita,” kata Trump di media sosial miliknya, Truth Social.

“Dia mengalami kecederaan, tetapi dia akan baik‑baik sahaja. Operasi mencari dan menyelamat yang penuh keajaiban ini datang sebagai tambahan kepada penyelamatan seorang lagi juruterbang yang berani semalam yang kami tidak sahkan awal kerana kami tidak mahu menjejaskan operasi penyelamatan kedua kami,” tulisnya lagi.

Sebuah jet pejuang F-15 milik AS ditembak jatuh di Iran pada Jumaat lalu.

Perang itu telah merebak ke seluruh Asia Barat dan menggoncang ekonomi global. 

Pasukan Iran terus mengawal ketat laluan perkapalan Selat Hormuz. Ia merupakan laluan penting minyak dan gas. Iran turut menyerang sasaran ekonomi di negara jiran Teluk yang Teheran anggap mempunyai kaitan dengan usaha perang AS‑Israel.

Serangan terhadap sasaran ekonomi juga berlaku dari arah sebaliknya. Satu serangan oleh Israel atau AS ke atas hab petrokimia di barat daya Iran pada Sabtu mengorbankan lima orang, menurut timbalan gabenor wilayah Khuzestan. – AFP/AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN