Iran ikrar bertindak balas selepas kapal kargo ditembak AS

Iran ikrar bertindak balas selepas kapal kargo ditembak AS

IRAN akan bertindak balas selepas kapal kargonya ditembak AS. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tentera Iran berikrar untuk bertindak balas selepas sebuah kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) pada Ahad melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal kargo berbendera Iran di Teluk Oman yang cuba mengelak sekatan laut AS.

“Kami memberi amaran bahawa angkatan bersenjata Republik Islam Iran akan segera bertindak balas dan membalas tindakan lanun bersenjata ini dan tentera AS,” kata jurucakap pusat pemerintah tentera, Khatam Al-Anbiya, seperti dipetik agensi berita ISNA.

Beliau menuduh AS telah melanggar gencatan senjata yang berkuat kuasa sejak 8 April.

Presiden AS, Donald Trump, menulis pada Ahad di platform Truth Social bahawa selepas kapal Iran, Touska, mengabaikan amaran untuk berhenti, kapal pemusnah peluru berpandu USS Spruance menghentikan mereka serta-merta dengan menembak hingga menyebabkan ruang enjin berlubang.

“Ketika ini, Marin AS telah menguasai kapal tersebut,” tambah presiden AS itu dan pihak tentera sedang memeriksa apa yang ada di atasnya.

Insiden itu berlaku ketika ketegangan memuncak di Selat Hormuz, laluan penting bagi minyak dunia dan gas asli cecair, yang hampir ditutup sepenuhnya sejak permulaan perang AS-Israel dengan Iran tujuh minggu lalu.

Iran membuka semula selat itu seketika pada Jumaat sebagai pengiktirafan terhadap gencatan senjata Israel-Hizbollah di Lubnan,.

Namun, menutupnya semula keesokan hari sebagai tindak balas terhadap tindakan AS yang terus mengekalkan sekatan ke atas kapal-kapal yang bergerak ke dan dari pelabuhan Iran.

Dalam hantaran lebih awal pada Ahad, Trump menuduh Teheran melanggar gencatan senjata, yang dijadual tamat pada Rabu, dengan melancarkan serangan pada Sabtu di laluan perkapalan penting itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN