JAKARTA: Kerajaan Indonesia akan membincangkan cadangan untuk memotong gaji menteri dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kecekapan belanjawan negara. Setiausaha Kabinet, Teddy Indra Wijaya berkata, pelan tersebut akan diperincikan dalam mesyuarat akan datang yang dijadualkan berlangsung di Istana Presiden, Jakarta. “Cadangan ini akan dibincangkan dalam beberapa hari lagi,” katanya kepada pemberita pada Selasa sambil menegaskan bahawa setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diambil. Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa…










