Helikopter bawa lapan individu hilang di Indonesia

Helikopter bawa lapan individu hilang di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIANAK: Pihak berkuasa Indonesia sedang mencari sebuah helikopter yang membawa lapan individu selepas ia hilang hubungan pada Khamis, kata seorang pegawai penyelamat kepada AFP.

Helikopter milik syarikat tempatan Matthew Air Nusantara itu berlepas dari wilayah Kalimantan Barat di Pulau Borneo pada Khamis menuju ke satu destinasi lain dalam wilayah yang sama, menurut agensi mencari dan menyelamat tempatan.

Ia membawa dua kru dan enam penumpang dan hubungan terputus sekitar pukul 8:10 pagi (waktu tempatan).

“Kira-kira 20 anggota penyelamat dikerahkan untuk mencari di kawasan lokasi terakhir pesawat itu dikesan,” kata Ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, I Made Junetra, kepada AFP.

Beliau menambah, sebuah helikopter tentera udara turut dikerahkan bagi membantu operasi pencarian.

Januari lalu, sebuah pesawat turboprop yang disewa oleh kementerian perikanan terhempas ke gunung di Pulau Sulawesi, mengorbankan kesemua 10 individu di dalamnya.

Pada September tahun lalu, sebuah helikopter yang membawa enam penumpang dan dua kru terhempas sejurus berlepas dari wilayah Kalimantan Selatan, mengorbankan semua yang berada di dalamnya.

Kurang dua minggu kemudian, empat orang maut apabila sebuah lagi helikopter terhempas di daerah pedalaman Ilaga, Papua.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN