TBILISI: Kebakaran hutan yang melanda Georgia memusnahkan lebih daripada 15,985 hektar kawasan dan membakar lebih 120 rumah, menurut pihak berkuasa. Dua kebakaran besar di bahagian tenggara negeri itu, Jalan Pineland dan Lebuhraya 82, mendorong Gabenor Georgia, Brian Kemp mengisytiharkan darurat selama 30 hari di 91 daripada 159 daerah. Pengarah Suruhanjaya Perhutanan Georgia (GFC), Johnny Sabo berkata, keadaan semasa amat kering sehingga percikan api kecil boleh cepat merebak menjadi kebakaran hutan…










