Gempa bumi kuat di Maluku, amaran tsunami dikeluarkan - Utusan Malaysia

Gempa bumi kuat di Maluku, amaran tsunami dikeluarkan

AMARAN tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat melanda Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Satu gempa bumi luar pesisir yang kuat berukuran magnitud 7.4 berlaku di bahagian timur Indonesia pada Khamis, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Sebuah pusat pemantauan Amerika mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlaku gelombang tsunami berbahaya dalam lingkungan 1,000 kilometer (KM) dari pusat gempa.

Gempa itu, yang pada mulanya direkodkan pada magnitud 7.8, berlaku pada pukul 6.48 pagi waktu tempatan  di Laut Maluku, menurut USGS.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii menyatakan bahawa gelombang tsunami berbahaya berkemungkinan berlaku dalam lingkungan 1,000 km dari pusat gempa di sepanjang pantai Indonesia, Filipina dan Malaysia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN