NEW JERSEY: Seorang bekas juruteknik pembedahan didakwa mencuri bekalan perubatan bernilai AS$2.5 juta (RM9.9 juta) dari sebuah hospital di New Jersey sebelum menjualnya semula di South Carolina. Marci M. Staub, 44, bekas kakitangan di Cooper University Health Care didakwa menyamar sebagai vendor bekalan perubatan ketika menjual peranti tersebut kepada sebuah syarikat pembekal perubatan, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Daerah Camden pada Isnin. Susulan itu, beliau berdepan pertuduhan mencuri, menerima harta…










