MOSCOW: Serangan Ukraine mencetuskan kebakaran di pelabuhan utama di barat laut Russia, dengan hampir 400 dron ditembak jatuh sepanjang malam, menurut pihak berkuasa Russia pada Rabu. Gabenor wilayah Leningrad, Alexander Drozdenko berkata, kebakaran di pelabuhan Ust-Luga sedang dikawal, namun tiada kematian dilaporkan. Drozdenko tidak menyatakan bahagian pelabuhan yang terkena serangan. Kemudahan itu merupakan hab untuk eksport Russia, termasuk baja, minyak dan arang batu. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Kyiv meningkatkan…











