Trump persoal Netanyahu kenapa minta protes tumbangkan rejim Iran - Utusan Malaysia

Trump persoal Netanyahu kenapa minta protes tumbangkan rejim Iran

GAMBAR fail pertemuan Trump dan Netanyahu di Rumah Putih, Washington DC. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu menyeru rakyat Iran untuk turun beramai-ramai ke jalanan bagi membantah kerajaan mereka minggu lalu.

Namun, menurut dua pegawai Amerika Syarikat (AS) dan satu sumber Israel, Presiden Amerika, Donald Trump, memberitahu Netanyahu bahawa langkah itu terlalu berisiko.

“Kenapa pula kita perlu menyuruh orang turun ke jalanan sedangkan mereka hanya akan ditembak mati,” kata Trump kepada Netanyahu seperti diberitahu  seorang pegawai AS tentang perbualan telefon tersebut.

Panggilan itu dibuat hanya beberapa jam selepas ketua keselamatan Iran, Ali Larijani, terbunuh dalam serangan Israel pada Selasa lalu. 

Netanyahu memberitahu Trump bahawa rejim tersebut berada dalam keadaan kucar-kacir dan terdapat peluang untuk kebangkitan rakyat, menurut pegawai AS  dan sumber Israel yang dipetik oleh laman berita  Axios.

Namun, Trump bimbang akan berlakunya pembunuhan beramai-ramai, mengambil kira bahawa ribuan rakyat Iran pernah terbunuh oleh pasukan separa tentera semasa protes anti-rejim sebelum perang.

Netanyahu dan Trump dilaporkan bersetuju untuk melihat sama ada rakyat Iran akan keluar semasa perayaan tahunan festival api tanpa sebarang galakan, menurut satu sumber.

Namun, Netanyahu tetap meneruskan langkah tersebut dengan menyatakan di televisyen: “Jet-jet  kami sedang menyerang  ‘ pengganas’ .  Ini bertujuan membolehkan rakyat Iran yang berani meraikan festival api. Jadi keluarlah dan raikan,  kami memerhati dari atas.”

Perpecahan ini mendedahkan jurang yang semakin melebar antara kedua-dua pemimpin, dengan AS secara senyap menjauhkan diri daripada Baitulmuqaddis  dalam isu pertukaran rejim, walaupun Trump sebelum ini menggesa kebangkitan rakyat ketika perang bermula.

Sejak itu, Netanyahu dilaporkan secara rahsia telah mengumpulkan para jeneralnya dan mendesak serangan besar-besaran selama 48 jam ke atas sasaran utama Iran, walaupun Trump sedang berusaha untuk memuktamadkan perjanjian damai dengan segera. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN