Trump dakwa Iran lancar serangan ke atas sekolah rendah perempuan - Utusan Malaysia

Trump dakwa Iran lancar serangan ke atas sekolah rendah perempuan

SEBUAH sekolah perempuan didakwa diserang oleh tentera AS di Minab. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu menyalahkan Iran atas apa yang menurut pihak berkuasa negara itu bahawa Washington melancarkan satu serangan maut ke atas sebuah sekolah di daerah selatan Minab.

“Kami fikir ia dilakukan oleh Iran kerana mereka sangat tidak tepat, seperti yang anda tahu, dengan senjata mereka. Mereka langsung tidak mempunyai ketepatan,” kata Trump kepada wartawan di atas pesawat rasmi presiden AS, Air Force One.

Menurut pihak berkuasa Iran, satu serangan telah mengenai sebuah sekolah rendah perempuan pada Sabtu lalu, mengorbankan lebih 150 orang, kebanyakannya pelajar.

Israel dan AS  tidak mengaku bertanggungjawab susulan serangan yang dilaporkan itu.

Pegawai AS menyatakan bahawa insiden tersebut masih dalam siasatan manakala Iran menyalahkan Washington susulan serangan tersebut.

Sehingga kini, AFP tidak dapat mengakses lokasi kejadian untuk mengesahkan insiden itu dan juga tidak dapat memperoleh pengesahan bebas mengenai jumlah korban.

Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran berkata pada Jumaat bahawa mereka telah menyasarkan sebuah pangkalan AS di Emiriyah Arab Bersatu (UAE)  yang didakwa digunakan sebagai lokasi pelancaran serangan ke atas sekolah tersebut.

“Pangkalan udara Al-Dhafra Air Base, milik pengganas Amerika di rantau ini, telah disasarkan menggunakan dron dan peluru berpandu tepat,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen Iran.

Pentagon telah mengesahkan bahawa pihaknya sedang menyiasat insiden itu, manakala Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, Amerika tidak akan dengan sengaja menyasarkan sebuah sekolah.

Menurut akhbar New York Times, AS berkemungkinan besar bertanggungjawab terhadap satu serangan yang dilaporkan mengorbankan puluhan orang di  sekolah rendah itu pada 28 Februari lalu..

Israel mahupun AS tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut, yang berlaku berhampiran lokasi yang dikawal oleh Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam.

Akhbar tersebut melaporkan kenyataan tentera AS yang menunjukkan pasukan mereka menyerang sasaran tentera laut berhampiran Selat Hormuz, di mana terdapat pangkalan pasukan pengawal revolusi itu, menunjukkan bahawa Amerika berkemungkinan besar telah melaksanakan serangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN