Tentera darat mungkin dihantar kawal simpanan uranium Iran - Trump - Utusan Malaysia

Tentera darat mungkin dihantar kawal simpanan uranium Iran – Trump

SEBUAH loji nuklear tenaga nuklear di Bushehr, Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Sabtu membangkitkan idea menghantar tentera darat ke Iran untuk mengawal simpanan uranium diperkaya negara itu, sebagai sebahagian daripada usaha ‘membongkar’ program nuklear Teheran.

“Pada suatu ketika, mungkin kami akan lakukan. Itu akan menjadi perkara yang baik,” katanya kepada wartawan semasa taklimat di atas pesawat rasminya, Air Force One.

“Kami belum melaksanakannya, tetapi ia adalah sesuatu yang boleh kami lakukan kemudian,” tambahnya.

Beberapa pengkritik perang AS-Israel ke atas Iran, yang dilancarkan 28 Februari  lalu berkata, serangan udara sahaja mungkin tidak mencukupi untuk mencapai matlamat yang dinyatakan iaitu memusnahkan kapasiti ketenteraan Iran dan menghalangnya daripada membangunkan bom nuklear.

Apabila ditanya mengenai penggunaan tentera darat secara umum, Trump tidak menolaknya tetapi berkata: “Bolehkah ada? Mungkin, untuk sebab yang sangat baik. Ia mesti sebab yang sangat baik.

“Saya akan katakan jika kami pernah melakukannya, mereka akan begitu musnah sehingga tidak mampu bertempur di peringkat darat.’” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN