Sistem politik Iran kukuh, pembunuhan pegawai kanan tidak jejas kerajaan - Araghchi

Sistem politik Iran kekal kukuh, pembunuhan pegawai kanan tidak jejas kerajaan – Araghchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran mengesahkan Ketua Keselamatannya, Ali Larijani terbunuh dalam serangan udara Israel.

Namun, dalam temu bual eksklusif bersama Al Jazeera, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi menegaskan pembunuhan pegawai kanannya tidak akan menjejaskan kerajaan Iran.

“Saya tidak faham mengapa Amerika Syarikat (AS) dan Israel masih tidak memahami perkara ini. Republik Islam Iran mempunyai struktur politik yang kukuh dengan institusi politik, ekonomi dan sosial yang mantap.

“Kehadiran atau ketiadaan seorang individu tidak menjejaskan struktur ini.

“Sudah tentu, individu berpengaruh dan setiap orang memainkan peranannya. Ada yang lebih baik, ada yang kurang baik tetapi yang penting adalah sistem politik di Iran merupakan struktur yang sangat teguh,” katanya.

Menurut laporan televisyen negara Iran dan Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali terbunuh bersama anaknya, Morteza Larijani dan salah seorang pembantunya. Serangan lain turut membunuh ketua Basij, Gholamreza Soleimani.

Pelbagai kenyataan daripada pegawai dan ahli politik Iran mengutuk pembunuhan ini.

Araghchi menegaskan ia tidak akan menggugat sistem, memandangkan pembunuhan pemimpin tertinggi Iran sebelum ini juga tidak menjejaskan struktur kerajaan, kerana sistem itu berasaskan institusi.

Kini, perhatian tertumpu kepada siapa yang akan menggantikan Ali.

Mengikut protokol, wakil kedua di Majlis Keselamatan Tertinggi Negara, Saeed Jalili mungkin menggantikan beliau atau akan ada pelantikan baharu oleh pemimpin tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN