Serangan di Iraq paksa firma minyak AS henti operasi

Serangan di Iraq paksa firma minyak AS henti operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ERBIL: Pengeluaran minyak di sebuah fasiliti yang dikendalikan oleh firma Amerika Syarikat (AS), HKN Energy terpaksa dihentikan selepas berlaku serangan di wilayah Kurdistan di Iraq, menurut pihak berkuasa.

Kerajaan wilayah Kurdistan dalam satu kemas kini di laman X berkata, fasiliti minyak tersebut yang terletak di wilayah Dohuk diserang oleh kumpulan bersenjata di Iraq, menyebabkan kerosakan material dan penghentian pengeluaran.

Sumber keselamatan memberitahu AFP serangan itu dilakukan menggunakan dua dron pada Khamis.

Wilayah Kurdistan yang merupakan kawasan autonomi di utara Iraq, dikendalikan oleh kerajaan wilayah Kurdistan dan kini terkesan akibat konflik yang melanda Asia Barat, khususnya melalui serangan dron terhadap pangkalan dan kepentingan AS.

Beberapa kumpulan bersenjata yang disokong Iran, dikenali sebagai Islamic Resistance in Iraq (IRI, mengaku melakukan serangan dron harian terhadap pangkalan AS.

Dron beberapa kali dipintas di udara Erbil, ibu kota wilayah Kurdistan yang menempatkan tentera gabungan pimpinan AS dan kompleks konsulat AS yang besar.

Selain itu, pada Jumaat, kedengaran letupan berhampiran lapangan terbang Erbil yang menempatkan tentera gabungan pimpinan AS dan wartawan AFP melihat asap kelabu menjulang tinggi dari kawasan berkenaan.

Pada Selasa, sumber dari syarikat minyak di Kurdistan memberitahu AFP kebanyakan syarikat minyak asing telah menangguhkan operasi sementara sebagai langkah berjaga-jaga.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN