Sepanyol tutup ruang udara kepada pesawat AS terlibat perang Iran

Sepanyol tutup ruang udara kepada pesawat AS terlibat perang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kerajaan berhaluan kiri Sepanyol menutup ruang udara negara itu kepada pesawat Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan misi terhadap Iran, selain menafikan penggunaan pangkalan tenteranya dalam perang itu.

Perkara itu ditegaskan Menteri Pertahanan, Margarita Robles kepada wartawan, mengesahkan laporan akhbar El Pais

“Pangkalan tidak dibenarkan dan sudah tentu penggunaan ruang udara Sepanyol untuk tindakan berkaitan perang di Iran juga tidak dibenarkan,” katanya.

Lapor El Pais, keengganan Sepanyol untuk bekerjasama menyukarkan operasi ketenteraan AS dengan memaksa pesawat pengebom menukar laluan dan logistik dalam perjalanan ke Asia Barat.

Akhbar itu menyatakan transit atau pendaratan pesawat hanya dibenarkan dalam keadaan kecemasan.

Perdana Menteri, Pedro Sanchez muncul sebagai pemimpin Barat berprofil tinggi yang secara konsisten menentang perang tersebut, yang tercetus susulan serangan AS-Israel pada 28 Februari dan kini merebak ke seluruh Asia Barat.

Pendiriannya itu menimbulkan kemarahan sekutu tradisional Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), dengan Presiden AS, Donald Trump mengancam untuk memutuskan hubungan perdagangan dalam pertikaian dasar terbaharu mereka.

Sepanyol sebelum ini turut mencetuskan kemarahan Trump apabila enggan bersetuju meningkatkan perbelanjaan pertahanan NATO kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara anggota seperti yang dituntut Presiden AS itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN