Russia nafi hantar dron kepada Iran - Utusan Malaysia

Russia nafi hantar dron kepada Iran

GAMBAR fail sebuah dron Russia terbang di Odesa, Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia pada Khamis berkata bahawa laporan dalam Financial Times yang mendakwa negaranya hampir menyelesaikan penghantaran dron ke Iran adalah  satu pembohongan.

Russia merupakan sekutu rapat Iran, namun menafikan telah menghantar bantuan ketenteraan kepada rakan sekutunya itu sejak Amerika Syarikat (AS)  dan Israel mula menyerang negara tersebut pada Februari.

“Terlalu banyak pembohongan disebarkan oleh media.   Jangan beri perhatian kepadanya,” kata jurucakap Moscow, Dmitry Peskov kepada wartawan sebagai menjawab soalan AFP.

Financial Times yang menerbitkan laporan itu pada Rabu, memetik pegawai perisikan Barat sebagai berkata bahawa Russia sedang dalam proses menghantar dron ke Teheran dan akan melengkapkan penghantaran tersebut menjelang akhir Mac.

Akhbar The Washington Post sebelum ini melaporkan pada awal bulan ini bahawa Moscow telah menyalurkan maklumat perisikan sensitif kepada Teheran, termasuk lokasi kapal perang dan pesawat Amerika di rantau tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN