SYDNEY: Rakyat Australia menyuarakan kekecewaan mereka apabila harga petrol melonjak di seluruh negara, impak daripada konflik yang semakin memuncak di Asia Barat yang mula menjejaskan bekalan bahan api global. Seorang wanita di Gold Coast mendedahkan harga di stesen minyak tempatannya melompat daripada AUD$1.75 (RM4.86) kepada AUD$2.20 (RM6.11) hanya dalam masa tiga hari, sambil memberi amaran bahawa keadaan mungkin akan menjadi lebih buruk. Keadaan yang sama dirasai di Sydney. Seorang penduduk…










