MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan perbualan telefon selama hampir satu jam bagi membincangkan ketegangan antarabangsa yang semakin memuncak. Pembantu Kremlin, Yury Ushakov memaklumkan bahawa panggilan yang dimulakan oleh pihak AS itu berlangsung dalam suasana profesional dan membina, dengan tumpuan utama diberikan kepada konflik di Iran serta rundingan damai bagi menamatkan peperangan di Ukraine. Dalam perbualan tersebut, Trump mengulangi hasrat Washington untuk melihat…










