PM Israel tidak tetap bila perang Iran berakhir - Utusan Malaysia

PM Israel tidak tetap bila perang Iran berakhir

NETANYAHU tidak menetapkan tarikh perang Iran berakhir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata pada Isnin bahawa perang terhadap Iran telah mencapai lebih daripada separuh objektifnya, tanpa menetapkan bila ia akan berakhir.

“Sudah tentu ia melepasi tahap separuh jalan. Tetapi, saya tidak mahu menetapkan jadual masa,” kata Netanyahu kepada saluran penyiaran konservatif Amerika Syarikat (AS), Newsmax.

Beliau menambah bahawa yang dimaksudkannya ialah perang itu telah melepasi separuh jalan dari segi misi, bukan semestinya dari segi masa.

Presiden AS, Donald Trump, yang melancarkan perang bersama Netanyahu pada 28 Februari, pada mulanya berkata, operasi itu akan berlangsung selama empat hingga enam minggu.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata pada Isnin bahawa perang itu akan berlanjutan selama beberapa minggu lagi, bukannya berbulan-bulan, ketika penentangan awam di AS terhadap konflik tersebut semakin meluas selepas harga minyak melonjak tinggi.

Netanyahu berkata, perang itu telah mencapai beberapa matlamat termasuk membunuh ribuan anggota Pasukan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran.

Israel dan AS  juga hampir menamatkan industri persenjataan mereka, tambahnya..

“Keseluruhan asas industri mereka, memusnahkan semua kilang, keseluruhan loji dan juga program nuklear itu sendiri,” katanya.

Netanyahu dan Trump berulang kali mendakwa bahawa Iran hampir membina senjata nuklear, satu dakwaan yang tidak disokong oleh badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),.

Trump sebelum ini berkata, beliau telah memusnahkan sepenuhnya tapak-tapak penting dalam serangan tahun lalu.

Netanyahu juga menyuarakan keyakinan bahawa republik Islam Iran akan tumbang, walaupun beliau sekali lagi menyatakan bahawa itu bukan matlamat utama perang.

“Saya fikir rejim ini akan runtuh dari dalam (Iran). Namun, pada masa ini, apa yang kami lakukan ialah melemahkan keupayaan ketenteraan mereka, melemahkan keupayaan peluru berpandu, melemahkan keupayaan nuklear dan juga melemahkan mereka dari dalam,” kata Netanyahu.

Perang itu berlaku beberapa minggu selepas pihak berkuasa Iran bertindak keras terhadap demonstrasi besar-besaran anti-kerajaan, yang mengorbankan ribuan nyawa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN