TAIPEI: Taiwan tidak mengesan sebarang pesawat tentera China di sekitar pulau itu sepanjang sembilan daripada 10 hari terakhir, menimbulkan persoalan dalam kalangan pakar mengenai pengurangan drastik operasi penerbangan tentera Beijing. China mendakwa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayahnya dan pernah mengancam untuk menggunakan kekerasan untuk mengawal pulau itu. Beijing meningkatkan tekanan ketenteraan ke atas Taiwan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan mengerahkan jet-jet pejuang dan kapal perang di sekitar pulau itu…










