TEL AVIV: Penggera serangan udara berbunyi di seluruh Israel awal Ahad, memberi amaran tentang peluru berpandu yang datang dari Iran, namun tiada laporan mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa.
Kenyataan tentera Israel menyatakan bahawa pertahanan udara sedang bertindak balas terhadap sekurang-kurangnya dua gelombang peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke wilayah Israel.
Amaran diaktifkan di hampir seluruh utara Israel termasuk bandar Pelabuhan Haifa, menurut Markas Hadapan Tentera Israel yang mengarahkan penduduk masuk ke pusat perlindungan atau bilik selamat.
Amaran tersebut kemudian ditarik balik, dengan tentera berkata, penduduk kini dibenarkan keluar dari ruang perlindungan di semua kawasan di Israel.
Penggera serangan udara kemudian diaktifkan di seluruh selatan Israel, termasuk bandar Beersheba dan sebahagian wilayah Tebing Barat, Palestin yang diduduki rejim Zionis, menurut markas tersebut.
Media Israel melaporkan beberapa peluru berpandu telah dilancarkan dan kebanyakannya berjaya dipintas.
Serangan peluru berpandu dalam perang itu yang bermula dengan serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu telah meragut 10 nyawa di Israel. – AFP










