Penduduk diancam buaya selepas banjir di utara Australia

Penduduk diancam buaya selepas banjir di utara Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHERINE: Polis di wilayah Northern Territory, Australia memberi amaran mengenai kehadiran buaya di merata tempat pada Ahad selepas banjir besar melanda kawasan itu.

Wilayah itu dilanda hujan lebat sepanjang hujung minggu, dengan bandar Katherine mengalami banjir terburuk sejak 1998.

Polis memindahkan lebih 1,000 orang di seluruh wilayah berkenaan pada Sabtu, dengan helikopter dan pesawat dikerahkan ke komuniti di kawasan pedalaman.

Komander polis, Shaun Gill berkata, sekurang-kurangnya 90 rumah terputus bekalan elektrik dan memberi amaran kepada penduduk supaya tidak berenang di kawasan air banjir.

“Jangan berenang di dalam air atas dua sebab, arus sungai sangat deras dan pada masa yang sama buaya sangat aktif. Terdapat buaya di merata tempat jadi tolong jangan masuk ke dalam air. Mesej ini sangat jelas,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Polis, Travis Wurst turut menasihatkan penduduk Katherine supaya tidak melakukan tindakan berbahaya dengan terjun ke dalam air.

Beliau turut memberi amaran mengenai kehadiran buaya dan perkara lain yang boleh membahayakan nyawa.

Ketua Menteri Northern Territory, Lia Finocchiaro berkata, beberapa sekolah akan terus ditutup sehingga Isnin susulan banjir tersebut.

Dianggarkan lebih 100,000 buaya air masin dan air tawar hidup di seluruh kawasan utara Australia.

Wilayah luas Northern Territory merupakan antara kawasan paling jarang penduduk di negara itu dan kerap dilanda cuaca ekstrem.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN