Peluru berpandu AS punca puluhan orang awam cedera - Utusan Malaysia

Peluru berpandu AS punca puluhan orang awam cedera

GAMBAR fail pelancar peluru berpandu Patriot. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANAMA: Satu peluru berpandu Patriot yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan kecederaan puluhan orang awam di Bahrain pada 9 Mac, lapor Reuters pada Ahad. 

Pada mulanya, Washington dan Manama menyalahkan serangan dron Iran susulan kejadian itu.

Menurut agensi berita tersebut, analisis oleh penyelidik-penyelidk di Institut Kajian Antarabangsa Middlebury mendapati bahawa peluru berpandu pemintas itu dilancarkan dari kawasan yang terletak kira-kira tujuh kilometer ke barat daya kawasan Mahazza di pulau Sitra. 

Pihak berkuasa Bahrain sebelum ini berkata, seramai 32 orang, termasuk kanak-kanak, cedera.

Sebagai tindak balas kepada permintaan untuk mengeluarkan komen, kerajaan Bahrain mengaku bahawa kecederaan itu bukan akibat daripada impak oleh peluru berpandu Patriot atau dron Iran.

Namun, ia menyatakan bahawa pemintas di udara itu membantu mengelakkan lebih banyak korban.

AS dan Israel melancarkan kempen pengeboman yang bertujuan menukar rejim kepimpinan di Iran pada akhir Februari lalu. 

Mereka berkata, sasaran adalah adalah aset ketenteraan Teheran dan elemen program pemerkayaan uraniumnya bagi menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.

Pada hari pertama serangan udara itu, lebih 160 orang awam terbunuh di sebuah sekolah rendah di Minab, Iran. 

Pegawai AS menolak untuk bertanggungjawab susulan kematian tersebut. 

Strategi Iran dalam konflik ini adalah untuk meningkatkan kerosakan ekonomi terhadap sekutu AS, termasuk negara-negara Arab yang menempatkan pangkalan tentera Amerika dan negara asing yang bergantung kepada bekalan minyak serta gas dari Teluk Parsi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN