Pejabat Netanyahu nafi khabar angin kematiannya, dakwa PM Israel dalam keadaan baik

Pejabat Netanyahu nafi khabar angin kematiannya, dakwa PM Israel dalam keadaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Pejabat Benjamin Netanyahu menolak dakwaan tular Perdana Menteri Israel itu terbunuh selepas spekulasi dalam talian timbul berikutan video yang didakwa dijana kecerdasan buatan (AI) mengenai ucapannya baru-baru ini.

Pejabat Netanyahu pada Sabtu menafikan dakwaan di media sosial yang menyatakan beliau dibunuh ketika konflik semakin memuncak melibatkan Israel, AS dan Iran.

Menjawab pertanyaan daripada agensi Anadolu yang berpangkalan di Turkiye mengenai laporan yang beredar itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan dakwaan tersebut sepenuhnya.

“Ini berita palsu. Perdana Menteri berada dalam keadaan baik,” kata pejabat itu.

Khabar angin itu menjadi tular selepas sebuah video yang dikongsi Netanyahu di akaun X pada Jumaat menunjukkan beliau menghadiri sidang media mengenai konflik Israel-AS-Iran yang sedang berlaku.

Selepas video itu dikongsi, beberapa pengguna media sosial mendakwa mereka terlihat seperti enam jari pada tangan kanan Netanyahu semasa beliau mengangkatnya ketika berucap.

Pada kira-kira saat ke-35 dalam video itu, satu tompokan tambahan daging di sebelah jari kelingking ditafsirkan oleh beberapa pengguna sebagai sebagai ‘glitch jari klasik AI’ yang sering dikaitkan dengan imej janaan palsu.

Spekulasi itu merebak lagi selepas pengulas konservatif AS, Candace Owens menimbulkan persoalan di laman X.

“Di mana Bibi?. Kenapa pejabatnya mengeluarkan dan memadam video AI palsu daripadanya dan kenapa berlaku panik besar di Rumah Putih?” tulisnya, merujuk kepada Netanyahu dengan nama panggilan.

Pengguna lain menunjukkan butiran visual dalam latar klip itu, termasuk pergerakan langsir sementara dua bendera Israel kelihatan hampir tidak bergerak, yang menimbulkan syak rakaman itu mungkin telah diubahsuai.

Namun, beberapa pengguna menangkis dakwaan itu, menyatakan banyak siaran dan video rasmi kini menggunakan latar digital atau maya, yang boleh menjelaskan ketidakkonsistenan visual tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN