Monyet tular ditawar untuk dibeli hampir RM1 juta - Utusan Malaysia

Monyet tular ditawar untuk dibeli hampir RM1 juta

PUNCH ditawarkan untuk dibeli hampir RM1 juta oleh dua beradik. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas atlet kick boxing profesional Britain, Andrew Tate dan adiknya, Tristan menunjukkan minat untuk membeli Punch, seekor anak  monyet yang kini tinggal di Zoo Bandar Ichikawa, Jepun.

Mereka membuat tawaran untuk membeli bayi monyet berusia 7 bulan itu dengan harga AS$250,000 (RM973,000) selepas video monyet haiwan itu  menjadi tular bukan sahaja di Jepun tetapi dunia.

Dalam satu hantaran di platform X, Tristan telah bertanya: “Zoo mana yang memiliki monyet ini? Saya akan membelinya. $250,000. Saya tidak bergurau.”

Hantaran itu telah mendapat lebih 5 juta tontonan.

Monyet itu telah ditinggalkan oleh ibu haiwan tersebut beberapa hari selepas dilahirkan.

Haiwan itu kini menarik sebuah patung mainan orang utan berwarna oren yang dijadikan sebagai peneman, tempat bersandar dan pelindung dirinya.

Ramai orang juga berduyun-duyun ke zoo untuk melihat monyet tersebut. 

Apabila tawaran dari mereka berdua muncul secara dalam talian, beberapa pengguna X telah mengecamnya dalam ruangan komen.

Seorang pengguna, Brick Suit, menulis: “Perkara terakhir yang sepatutnya dilakukan mana-mana zoo ialah menjual monyet kepada anda supaya anda boleh memanfaatkannya secara komersial.” 

Namun, apabila Tate menjelaskan niatnya melalui X, pengguna itu membalas: “Terima kasih kerana mengesahkan anda mahu memanfaatkan Punch.” 

Seorang lagi netizen mengkritik tindakan Tate dengan menulis: “Jadi, anda cuba membeli haiwan itu untuk menjauhkan dari pembuli tetapi mahu membawa monyet tersebut tinggal dengan pembuli? Tidak, langsung tidak.”

Sementara itu, seorang lagi menambah: “Tidak. Itu bukan lawak yang kelakar langsung.” – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN