Letupan besar di loji minyak AS - Utusan Malaysia

Letupan besar di loji minyak AS

SATU letupan besar berlaku di di Loji Penapisan Minyak Port Arthur, Texas. - X
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTIN:  Pegawai tempatan memberi amaran kepada penduduk berhampiran loji penapisan minyak di Texas pada Isnin supaya berada di tempat tinggal masing-masing selepas berlaku satu letupan di Loji Penapisan Minyak Port Arthur milik syarikat Valero.

“Bagi memastikan keselamatan semua penduduk di kawasan berdekatan dan susulan letupan di loji penapisan Valero, arahan berada  di tempat masing-masing dikeluarkan dengan serta-merta,” kata pegawai pengurusan kecemasan Port Arthur dalam satu amaran.

Beliau menyatakan arahan itu terpakai ke kawasan luas di sekeliling loji penapisan tersebut.

“Pada masa ini terdapat kebakaran di salah satu unit di loji penapisan Valero, Port Arthur, Texas. Semua kakitangan telah disahkan selamat,” kata Valero dalam satu kenyataan, menambah bahawa keselamatan pekerja adalah keutamaan utamanya.

Laporan media tempatan menunjukkan api tinggi dan asap hitam menjulang dari loji penapisan itu dan penduduk berdekatan melaporkan satu dentuman kuat berlaku.

Terletak kira-kira 145 kilometer ke timur Houston, loji penapisan Port Arthur menggajikan hampir 800 pekerja untuk memproses minyak mentah berat dan bahan mentah lain menjadi petrol, diesel serta bahan bakar jet dengan kapasiti kira-kira 435,000 tong sehari, menurut laman web Valero.

Letupan itu berlaku pada waktu yang kritikal bagi harga petrol, yang kini melonjak akibat perang Iran di Asia Barat dan sekatan di Selat Hormuz.

Setakat ini, tiada penjelasan mengenai punca yang menyebabkan letupan tersebut. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN