Lelaki dihukum mati melalui suntikan - Utusan Malaysia

Lelaki dihukum mati melalui suntikan

CEDRIC RICKS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang lelaki di Texas yang membunuh teman wanita dan anak lelakinya berusia lapan tahun dijatuhi hukuman mati melalui suntikan maut oleh sebuah mahkamah pada Rabu.

Cedric Ricks, 51, dijatuhkan hukuman mati pada 2014 kerana membunuh Roxann Sanchez, 30, dan anaknya, Anthony Figueroa pada tahun sebelumnya.

Ricks turut menyerang anak lelaki Sanchez yang berusia 12 tahun, Marcus, namun kanak-kanak itu terselamat selepas berpura-pura mati walaupun mengalami lebih 24 luka tikaman.

Menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Texas, Ricks disahkan meninggal dunia pada pukul 6.55 petang waktu tempatan.

Setakat tahun ini, lima hukuman mati dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS), tiga di Florida, satu di Texas, dan satu lagi  di Oklahoma.

Seorang lelaki di Alabama dijadualkan dihukum mati pada Khamis, tetapi Gabenor negeri itu menukar hukumannya pada Selasa kepada penjara seumur hidup tanpa parol. 

Charles Burton, 75, dijatuhkan hukuman mati walaupun dia tidak menarik picu senjata dalam tembakan pada 1991 yang menyebabkan kematian seorang lelaki semasa rompakan.

Gabenor Republikan, Kay Ivey menyifatkan pelaksanaan hukuman ke atas Burton sebagai tidak adil kerana dia berada di luar bangunan ketika insiden berlaku.

Tahun lepas, terdapat 47 hukuman mati dilaksanakan di AS, jumlah tertinggi sejak 2009 apabila 52 orang dijatuhkan hukuman mati. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN