KAHERAH: Lebih 3,500 askar Amerika Syarikat (AS) termasuk 2, 500 anggota Unit Ekspedisi Marn yang menaikii kapal tentera laut USS Tripoli telah tiba di Asia Barat, menurut pengumuman pegawai pada Sabtu, selari dengan peningkatan serangan dalam perang Iran
Markas Pusat AS (CENTCOM) berkata dalam satu hantaran media sosial bahawa USS Tripoli, yang berfungsi sebagai kapal utama telah tiba di kawasan tanggungjawabnya.
Kapal ini merupakan antara kapal perang amfibia terkini yang menawarkan lebih ruang untuk jet pejuang F-35 Stealth, Ospreys dan pesawat lain. Kapal itu sebelum ini berpangkalan di Jepun sebelum arahan untuk dikerahkan ke Asia Barat hampir dua minggu lalu.
Kapal USS Tripoli turut membawa pesawat pengangkut dan pesawat pejuang serangan dan aset serangan amfibia ke rantau tersebut.
Kapal USS Boxer dan dua kapal lain juga diarahkan ke rantau itu dari San Diego.
Sejak Operasi Kemarahan Epik bermula pada 28 Februari, lebih 11,000 sasaran telah diserang, menurut lembaran fakta yang dikeluarkan oleh CENTCOM pada Sabtu.
Kedatangan tentera AS ke rantau ini berlaku selepas sekurang‑kurangnya 10 askar AS, termasuk dua cedera parah pabila Iran melancarkan enam peluru berpandu balistik dan 29 dron ke pangkalan udara Prince Sultan Air Base.
Perang yang terus memuncak ini, walaupun terdapat laporan bahawa Presiden AS, Donald Trump cuba mendapatkan penyelesaian, telah mengganggu perjalanan udara global, menjejaskan eksport minyak dan menyebabkan harga bahan bakar melonjak.
Kawalan ketat Iran ke atas Selat Hormuz, laluan air strategik, telah memperburuk kesan ekonomi yang timbul. – AGENSI











