BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mengumumkan pada Ahad tentang kematian seorang anggota tentera dalam pertempuran di selatan Lubnan. “Koperal Moshe Yitzchak Hacohen Katz, (berusia) 22 tahun, dari New Haven, Connecticut, seorang anggota Batalion ke-890, Briged Payung Terjun, terkorban semasa pertempuran di selatan Lubnan,” menurut kenyataan tentera itu. Sehingga kini, lima tentera Israel telah terkorban dalam pertempuran di selatan Lubnan sejak Hizbollah mula melancarkan serangan roket ke atas Israel pada 2 Mac sebagai…










