Kumpulan pro-Iran di Iraq lanjut gencatan senjata terhadap kedutaan AS

Kumpulan pro-Iran di Iraq lanjut gencatan senjata terhadap kedutaan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGHDAD: Sebuah kumpulan bersenjata yang disokong Iran mengumumkan pada Isnin mereka akan melanjutkan tempoh penangguhan serangan terhadap Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad untuk lima hari lagi.

Sejak bermulanya konflik di Asia Barat, kumpulan bersenjata pro-Iran mengaku bertanggungjawab ke atas serangan hampir setiap hari terhadap kepentingan AS di Iraq dan seluruh wilayah tersebut, manakala serangan balas turut menyasarkan kumpulan-kumpulan berkenaan.

Pada Khamis lalu, Kataeb Hezbollah yang dilabel sebagai organisasi pengganas oleh Washington menyatakan komitmen untuk menghentikan serangan ke atas kedutaan di Baghdad di bawah syarat-syarat tertentu termasuk menghentikan serangan ke atas kawasan perumahan di Iraq dan pinggir bandar selatan Beirut.

Kawasan tersebut merupakan kubu kuat Hezbollah Lubnan, yang juga disokong oleh Iran dan kini sedang dalam peperangan dengan Israel.

“Tempoh tamat yang diberikan kepada kedutaan ‘kejahatan Amerika’ akan dilanjutkan untuk tambahan lima hari lagi,” jelas Kataeb Hezbollah dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kumpulan itu berkata, mereka akan membalas sebarang pelanggaran oleh pihak musuh sewajarnya dan akan memaklumkan mekanisme tindak balas mereka kepada pihak perantara.

Iraq kini terheret ke dalam konflik serantau yang dicetuskan oleh serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.

Pengumuman Kataeb Hezbollah ini susulan siri serangan semalaman yang menyasarkan pusat diplomatik dan logistik AS di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad.

Pada Ahad, tiga serangan turut dilaporkan melanda selatan Baghdad. Menurut pasukan krisis kecemasan tempatan, serangan tersebut menyasarkan kubu kuat bekas gabungan separa tentera Hashed al-Shaabi, yang juga dikenali sebagai Pasukan Mobilisasi Popular (PMF).

Seorang pegawai Kataeb Hezbollah yang enggan dikenali mengesahkan kumpulan mereka telah menjadi sasaran dalam serangan tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN