Kerugian akibat ribut di Hawaii cecah AS$1b

Kerugian akibat ribut di Hawaii cecah AS$1b

PEMANDANGAN udara kawasan kejiranan Waialua yang ditenggelami banjir lumpur di pantai utara pulau Oahu, Hawaii.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONOLULU: Dua ribut kuat yang membadai Hawaii mengakibatkan kerosakan teruk dan kerugian mencecah lebih AS$1 bilion (RM3.93 billion), lapor pegawai kerajaan.

Dua ribut berturut-turut membawa hujan lebat setinggi 127 sentimeter (sm) dan banjir lumpur di beberapa negeri serta menenggelamkan sebahagian kawasan di Pulau Oahu.

Gabenor, Josh Green memberitahu Hawaii News Now, lebih 230 orang terpaksa diselamatkan selepas terkandas dalam banjir besar yang disifatkan terburuk di negeri itu sejak 2004, dengan hujan lebat dijangka berterusan minggu ini.

Pada pagi Ahad waktu tempatan, pegawai mula menamatkan sebahagian amaran pemindahan dan banjir kilat di Oahu, tetapi beberapa bahagian lain di negeri itu masih berada dalam ancaman.

Sebahagian daripada Lebuhraya Kuihelani di Maui ditutup sementara pada waktu malam kerana dtenggelami air banjir yang deras sementara jalan lain di pulau itu turut mengalami runtuhan batu pada hari Sabtu.

Pengawal Kebangsaan Hawaii kekal ditempatkan di empangan Wahiawa yang berusia 120 tahun untuk memantau paras air selepas pegawai bimbang ia boleh melimpah dan mengarahkan penduduk berhampiran untuk berpindah. 

Seorang penduduk Oahu, Mikey berkata, dia dan isterinya terjaga pada waktu tengah malam Sabtu lalu dan terkejut melihat air banjir menenggelamkan rumah mereka.

“Lebih kurang jam 12:30 pagi (waktu tempatan), saya terjaga dan melihat lantai basah. Apabila saya buka pintu bilik tidur, air masuk dari ruang tamu rumah dan membanjiri seluruh bilik.

“Air banjir itu turut memusnahkan pagar dan pintu masuk ke rumah kami. Air naik setinggi dada saya. Kami kehilangan semuanya,” katanya.

Bintang Game of Thrones dan Aquaman, Jason Momoa berkata, keluarganya terpaksa berpindah dari rumah mereka di North Shore Oahu akibat bencana ribut itu.

“Kami selamat buat masa ini, tetapi ramai lagi yang tidak. Keadaan di North Shore sangat teruk dan kami sangat bersimpati dengan mereka,” kata Momoa di Instagram Stories.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN