Kebakaran besar di stesen Glasgow Central, bangunan runtuh

Kebakaran besar di stesen Glasgow Central, bangunan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Kebakaran besar melanda sebuah bangunan di Stesen Glasgow Central, menyebabkan sebahagian bangunan itu runtuh.

Kebakaran bermula di sebuah kedai vape di Union Street, dengan bangunan Victoria bertaraf B yang terlibat runtuh beberapa jam kemudian ketika api merebak.

Kesemua perkhidmatan kereta api di Glasgow Central, stesen paling sibuk di Scotland, dijangka dibatalkan dengan National Rail berkata, tiada anggaran bilakah stesen itu akan dibuka semula.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland menasihati orang ramai untuk mengelakkan kawasan itu sementara pasukan bomba terus memadam kebakaran lebih 13 jam selepas mereka menerima makluman kejadian.

Sehingga kini tiada kecederaan dilaporkan.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland melaporkan lebih 60 anggota bomba dan 15 kenderaan berada di lokasi.

Staf BBC Scotland di lokasi melaporkan melihat kubah di sudut bangunan runtuh ketika kebakaran berlaku. Empat tingkat bangunan masih kelihatan teguh, dengan bara api masih terlihat di dalamnya.

Pemilik salon Willow Hair dan sebuah kedai kopi yang beroperasi dalam bangunan tersebut memaklumkan perniagaannya hangus akibat kebakaran tersebut.

Hotel Voco Grand Central di stesen itu turut terjejas, dengan semua tetamu dipindahkan ke hotel lain di bandar itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN