JAKARTA: Tiga anak kapal Indonesia dilaporkan hilang selepas kapal tunda berbendera Emiriah Arab Bersatu (UAE), Musaffah 2, karam di Selat Hormuz pada hari Jumaat, menurut kenyataan kementerian luar Jakarta.
“Satu mangsa dari Indonesia kini sedang menerima rawatan akibat melecur di sebuah hospital di bandar Khasab, Oman.
“Tiga lagi anak kapal Indonesia masih dicari oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan tersebut, sebelum karam, Musaffah 2 mengalami letupan yang menyebabkan kebakaran dan pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu.-AFP










