Kapal tangki minyak Kuwait terbakar di Pelabuhan Dubai

Kapal tangki minyak Kuwait terbakar di Pelabuhan Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUWAIT CITY: Satu serangan oleh Iran mencetuskan kebakaran pada sebuah kapal tangki minyak Kuwait di Pelabuhan Dubai, ketika Teheran meneruskan kempen serangan di Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel.

“Kapal tangki minyak mentah gergasi Kuwait itu menjadi sasaran serangan langsung dan berniat jahat oleh Iran ketika berada di kawasan sauh Pelabuhan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE),” lapor agensi berita rasmi KUNA, memetik syarikat minyak milik kerajaan Kuwait.

Menurut laporan itu, tiada kecederaan dilaporkan, dan pihak berkuasa Dubai kemudian memaklumkan bahawa anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

KUNA melaporkan, kapal tangki itu sarat dengan muatan ketika serangan berlaku, yang menyebabkan kerosakan material pada badan kapal serta “kemungkinan tumpahan minyak di perairan sekitarnya.

Tentera Kuwait turut memaklumkan sistem pertahanan udaranya sedang bertindak balas terhadap serangan peluru berpandu dan dron bermusuhan, menurut hantaran di platform X.

Rantau Teluk yang kaya dengan minyak menjadi antara yang paling terkesan akibat serangan Iran sebagai tindak balas terhadap serangan AS dan Israel yang mencetuskan perang di Asia Barat pada akhir bulan lalu.

Teheran sebelum ini mengancam untuk mensasarkan infrastruktur penting di seluruh rantau Teluk, termasuk kemudahan tenaga.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN