Kapal pengangkut pesawat AS terbakar, dua kelasi cedera

Kapal pengangkut pesawat AS terbakar, dua kelasi cedera

GAMBAR fail kapal pengangkut pesawat USS Gerald R. Ford. - Foto AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS), USS Gerald R. Ford yang sedang beroperasi di Laut Merah terbakar di ruang dobinya menyebabkan dua kelasi AS cedera, kata tentera laut negara itu pada Khamis.

“Pada 12 Mac, USS Gerald R. Ford (CVN-78) mengalami kebakaran yang bermula di ruang dobi utama kapal. 

“Tiada kerosakan pada loji pendorong kapal. kapal pengangkut pesawat itu kekal beroperasi sepenuhnya,”  kata Markas Pusat Tentera Laut AS dalam satu hantaran di platform X.

Dua kelasi yang cedera itu sedang menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang tidak mengancam nyawa dan kini berada dalam keadaan stabil, menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu tidak berkaitan dengan pertempuran dan telah berjaya dikawal, menurut hantaran tersebut.

Sehingga Rabu, kapal pengangkut pesawat itu beroperasi di bahagian utara Laut Merah, di luar pantai Al Wajh, Arab Saudi.

Kapal Ford bersama tiga kapal pengiringnya, USS Mahan (DDG-72), USS Bainbridge (DDG-96) dan USS Winston S. Churchill (DDG-81)  telah melalui Terusan Suez pada minggu lalu.

Kumpulan kapal perang itu  mengambil bahagian dalam Operation Epic Fury atau Operasi Kemarahan Epik, iaitu kempen ketenteraan bersama antara AS dan Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN