TOKYO: Jepun akan menggunakan sebahagian lagi daripada rizab strategik minyaknya mulai Khamis, kata Perdana Menteri Sanae Takaichi pada Selasa selepas Tokyo mula berbuat demikian minggu lalu.
“Bagi memastikan jumlah yang diperlukan untuk seluruh Jepun, kami akan mengeluarkan rizab negara (minyak) mulai 26 Mac minggu ini,” katanya dalam satu hantaran di platform X.
Isnin lalu, Tokyo mula mengeluarkan rizab petroleum sektor swasta untuk tempoh 15 hari.
Takaichi sebelum ini mengumumkan bahawa stok simpanan kerajaan untuk sebulan juga akan dikeluarkan.
Jepun bergantung kepada Asia Barat untuk kira-kira 95 peratus import minyaknya.
Rizab strategik minyak Jepun adalah antara yang terbesar di dunia dan berjumlah lebih 400 juta tong setakat Disember tahun lalu.
Ahli-ahli Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) bersetuju pada 11 Mac untuk menggunakan stok minyak bagi meredakan lonjakan harga yang disebabkan oleh perang Iran di Asia Barat sebagai tindak balas terbesar seumpamanya setakat ini. – AFP











