Israel laporkan serangan kedua dari Yemen

Israel lapor serangan kedua dari Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera rejim mendakwa Iran melancarkan beberapa gelombang roket ke arah Israel dengan satu serangan turut dilancarkan dari Yemen.

Tentera Israel berkata, dua dron dari Yemen berjaya dipintas awal Isnin tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yemen menyertai perang pada Sabtu dengan menembak roket ke Israel, sekali gus meningkatkan konflik yang menggoncang seluruh Asia Barat.

Tentera rejim berkata, pasukan udara Israel menlancarkan serangan ke Teheran pada Isnin, menyasarkan infrastruktur ketenteraan negara itu.

Serangan terkini berlaku sehari selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa Washington dan Teheran mengadakan pertemuan secara langsung dan tidak langsung dan pemimpin baharu Iran ‘sangat berhemah’ ketika, lebih ramai tentera AS tiba di rantau itu.

Lapor Reuters, Pakistan yang bertindak sebagai orang tengah antara Teheran dan Washington memaklumkan sedang bersiap sedia untuk menganjurkan ‘perbincangan bermakna’ dalam beberapa hari akan datang bagi mengakhiri perang Iran yang sudah berlangsung hampir sebulan. Namun, belum jelas sama ada AS dan Iran bersetuju untuk hadir.

Tentera Israel mendakwa melancarkan lebih 140 serangan udara ke pusat dan barat Iran, termasuk Teheran, dalam tempoh 24 jam sehingga Ahad malam, menyasarkan tapak pelancaran peluru berpandu balistik, kemudahan penyimpanan, dan sasaran lain.

Media kerajaan Iran melaporkan serangan mengenai Lapangan Terbang Mehrabad dan sebuah kilang petrokimia di bandar utara Tabriz.

Sebuah kilang kimia di selatan Israel berhampiran Beersheba turut terkena peluru berpandu pada Ahad ketika Israel menangkis beberapa gelombang serangan dari Iran.

Iran juga meneruskan sekatan berkesan di Selat Hormuz, yang membawa 20 peratus penghantaran minyak dan gas global, menaikkan harga minyak dan menjejaskan ekonomi di seluruh dunia.

Penyertaan kumpulan Houthi menimbulkan kemungkinan mereka boleh menyasarkan dan menyekat laluan perkapalan penting kedua, Selat Bab el-Mandeb.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau telah mengarahkan tentera untuk memperluas operasi di selatan Lubnan, dengan alasan tembakan roket berterusan oleh Hizbollah yang disokong Iran.

Israel mendakwa akan menguasai sebahagian selatan Lubnan untuk mewujudkan ‘zon penampan’ terhadap Hizbollah, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Lubnan tentang pendudukan tentera Israel yang boleh menambah ketidakstabilan dan mengakibatkan pengusiran penduduk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN