BEIRUT: Tentera Israel menghantar lebih ramai askar ke selatan Lubnan meskipun kebimbangan antarabangsa semakin meningkat terhadap pengeboman maut dan usaha rejim Zionis memperluaskan pencerobohan ke wilayah negara itu. Dalam satu hantaran di media sosial pada Khamis, tentera Israel memaklumkan pasukan dari Divisyen 162 akan dikerahkan ke selatan Lubnan ‘dengan tujuan memperluaskan’ zon penampan di kawasan berkenaan. Ia dijangka menyertai dua lagi divisyen tentera yang sudah beroperasi di selatan Lubnan, menurut…











