Israel batalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan konflik dengan Iran

Israel batalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa susulan konflik dengan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pentadbiran Awam Israel bertindak membatalkan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur hari ini.

Ketua Pentadbiran Awam, Brigadier Jeneral Hisham Ibrahim melalui platform tentera Israel, Al Munasiq memaklumkan keputusan itu diambil susulan Iran melancarkan serangan balas terhadap Israel dan seluruh rantau Asia Barat.

Israel dan sekutunya rapat, Amerika Syarikat (AS), memulakan serangan ketenteraan ke atas Iran pada Sabtu ketika Oman yang menjadi perantara rundingan antara negara berkenaan berkata perjanjian sudah hampir dicapai selepas Teheran bersetuju untuk tidak menghasilkan uranium diperkaya bagi tujuan membuat bom nuklear.

“Semua tapak suci di Kota Lama Baitulmuqaddis akan ditutup termasuk Tembok Barat, Bukit Kuil, dan Gereja Makam Suci. Tiada jemaah atau pelawat dari mana-mana agama dibenarkan masuk,” katanya.

Imam kanan di Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri mengecam penutupan berterusan Israel ke atas tapak suci ketiga dalam Islam itu.

“Pihak berkuasa penjajah mengambil kesempatan untuk menutup Al-Aqsa dalam apa jua keadaan, dan ini sama sekali tidak wajar,” katanya kepada Al Jazeera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN