TEHERAN: Tentera bersenjata Iran pada Jumaat mengumumkan menyerang sebuah kapal tangki minyak milik Amerika Syarikat (AS) berhampiran perairan Kuwait.
Menurut laporan radio rasmi, kapal itu terkena serangan dan sedang terbakar, memetik Ibu pejabat Khatam al-Anbiya, markas yang mengawal operasi tentera Iran semasa perang.
Selain itu, Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mendakwa peluru berpandu generasi baharu mereka telah menyerang pangkalan AS di negara-negara Teluk serta tapak-tapak Israel, termasuk Lapangan Terbang Ben Gurion, Haifa dan Tel Aviv.-AGENSI










