Israel keluarkan menteri Iran dari senarai pembunuhan - Utusan Malaysia

Israel keluarkan menteri Iran dari senarai pembunuhan

ABBAS ARAGHCI menjadi sasaran Israel dalam perang Iran. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Israel telah mengeluarkan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi dan Speaker Parlimen, Mohammad Baqer Qalibaf daripada senarai sasaran selepas Pakistan meminta Washington agar tidak menyasarkan mereka, menurut seorang sumber Pakistan yang mengetahui perbincangan itu kepada Reuters.

“Israel mahu menyingkirkan mereka. Kami memberitahu Amerika Syarikat (AS) bahawa jika mereka juga dibunuh, maka tidak ada sesiapa lagi untuk diajak berbincang; oleh itu, AS meminta Israel untuk berundur,” kata sumber itu pada Khamis.

Tentera dan pejabat luar Pakistan tidak segera memberi respons terhadap permintaan komen.

Akhbar The Wall Street Journal melaporkan bahawa kedua-dua pegawai Iran itu telah dikeluarkan buat sementara daripada senarai pegawai yang akan dibunuh oleh Israel ketika mereka meneroka kemungkinan rundingan damai.

Menurut laporan itu, kedua-dua pegawai tersebut telah dikeluarkan daripada senarai selama empat hingga lima hari, memetik pegawai AS, tetapi tidak menyebut peranan Pakistan dalam perkara itu.

Pakistan, Mesir dan Türkiye memainkan peranan sebagai pengantara antara Teheran dan Washington bagi menamatkan perang Iran.

Pakistan mengekalkan hubungan terus dengan kedua-dua Washington dan Teheran pada ketika saluran sedemikian dibekukan bagi kebanyakan negara lain.

Iran sedang meneliti cadangan 15 perkara daripada Presiden AS, Donald Trump, yang dihantar melalui Pakistan untuk menamatkan perang.

Cadangan itu menuntut pengeluaran stok uranium diperkaya tinggi Iran, menghentikan pengayaan uranium, mengehadkan program peluru berpandu balistiknya dan memotong pembiayaan untuk sekutu serantau, menurut sumber Kabinet Israel yang mengetahui pelan itu.

Trump berkata Iran terdesak untuk membuat perjanjian, manakala Araghchi berkata, Teheran sedang meneliti cadangan AS tetapi tiada niat untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN