Iran dakwa 220 askar AS maut atau cedera dalam tempoh 24 jam - Utusan Malaysia

Iran dakwa 220 askar AS maut atau cedera dalam tempoh 24 jam

KEPULAN asap menjulang dari Pelabuhan Zayed susulan satu serangan Iran di Abu Dhabi pada 1 Mac lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN – Seorang jurucakap tentera Iran berkata seramai 220 askar termasuk komander Amerika Syarikat (AS) terbunuh atau cedera.

Menurutnya, kerosakan besar telah berlaku terhadap aset Amerika di rantau Asia Barat itu dalam serangan balas oleh angkatan bersenjata Iran sepanjang 24 jam lalu.

Jurucakap Ibu Pejabat Operasi Ketenteraan Iran, Leftenan Kolonel Ibrahim Zolfaghari berkata pada Sabtu bahawa 21 askar Amerika terbunuh dan beberapa yang lain cedera semasa serangan Iran terhadap Armada Kelima Tentera Laut AS di Bahrain.

Beliau menambah bahawa kira-kira 200 lagi anggota Amerika turut terbunuh dan cedera dalam serangan terhadap pangkalan tentera AS di Pangkalan Udara Al Dhafra, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Angkatan bersenjata Iran juga menyasarkan sebuah kapal tangki minyak milik AS di bahagian utara Teluk Parsi, katanya lagi.

AS dan Israel melancarkan satu pusingan baharu serangan ketenteraan yang tidak sah ke atas Iran pada 28 Februari lalu kira-kira lapan bulan selepas mereka melaksanakan serangan tanpa provokasi ke atas negara itu dan kemudahan nuklearnya.

Serangan tersebut mengakibatkan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan ratusan rakyat termasuk wanita serta kanak-kanak, selain pegawai-pegawai tentera terbunuh.

Iran segera membalas serangan itu dengan melancarkan siri serangan peluru berpandu dan dron ke atas wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan AS di negara-negara serantau.

Pegawai Iran menyatakan bahawa hanya aset dan kepentingan AS serta Israel yang menjadi sasaran manakala Teheran tidak memusuhi negara tuan rumah selain menghormati kedaulatan mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN