Harga petrol lebih RM16 di AS segelen - Utusan Malaysia

Harga petrol lebih RM16 di AS segelen

HARGA purata petrol meningkat kepada RM16 bagi setiap 3.78 liter. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Harga purata petrol di pam-pam minyak di Amerika Syarikat (AS) telah melonjak melepasi AS$4 (RM16) bagi setiap 1 gelen atau 3.78 liter lapor Persatuan Automobil Amerika (AAA) pada Selasa, iaitu paras tertinggi dalam hampir empat tahun berikutan perang dengan Iran.

Kenaikan harga petrol, daripada kurang AS$3 (RM12) pada akhir Februari, merupakan berita buruk terbaru bagi Presiden Donald Trump selepas beliau mengarahkan serangan ke atas Iran dalam perang yang mengancam untuk menjejaskan ekonomi global.

Harga purata setakat pagi Selasa ialah AS$4.018 (RM16.27), menurut data AAA di laman webnya.

Kali terakhir harga melebihi AS$4 bagi setiap 3.78 liter ialah pada Ogos 2022, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA).

Pada pertengahan 2022, harga melonjak sehingga AS$5 (RM20) bagi setiap 3.78 liter ketika pandemik Covid-19 dan selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Harga petrol meningkat kepada AS$5.88  (RM23) bagi setiap 3.78 liter di California,  pasaran petrol paling mahal di negara itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN