Filipina guna semula bahan api murah tangani krisis tenaga

Filipina guna semula bahan api murah tangani krisis tenaga

FILIPINA sebelum ini beralih kepada bahan api lebih bersih berpiawaian Euro-IV daripada Euro-II pada 2016.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina membenarkan penggunaan bahan api jenis lebih murah dan kotor secara sementara serta terhad bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil susulan kesan krisis di Asia Barat.

Jabatan Tenaga (DOE) memaklumkan hanya kenderaan keluaran tahun 2015 dan ke bawah, jeepney tradisional, loji janakuasa serta generator, selain sektor marin dan perkapalan, dibenarkan menggunakan produk petroleum yang mematuhi piawaian Euro-II.

“Langkah itu bertujuan untuk membantu mengekalkan bekalan bahan api berterusan, mencukupi dan mudah diakses, sambil membenarkan fleksibiliti terhad untuk sektor yang mungkin terjejas,” kata DOE dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan sama, DOE mengarahkan syarikat minyak yang menawarkan bahan api Euro-II supaya memastikan pengasingan sepenuhnya daripada bahan api Euro-IV dalam aspek penyimpanan, pengangkutan dan sistem runcit.

Manila sebelum ini beralih kepada bahan api lebih bersih berpiawaian Euro-IV daripada Euro-II pada 2016.

Bahan api Euro-IV, yang masih digunakan ketika ini, mempunyai kandungan sulfur sebanyak 50 bahagian per juta (ppm), berbanding 500 ppm bagi bahan api Euro-II.

Ribuan pemandu jeepney turun ke jalanan minggu lalu bagi membantah kenaikan lebih dua kali ganda harga diesel tempatan susulan lonjakan harga minyak global akibat konflik AS-Israel dengan Iran.

Seperti beberapa negara Asia Tenggara lain, Filipina turut mengambil langkah seperti memendekkan minggu bekerja dan menyediakan subsidi bahan api bagi mengurangkan kesan kenaikan kos.

Kongres juga meluluskan pemberian kuasa kecemasan kepada Ferdinand Marcos Jr untuk menggantung atau mengurangkan cukai bahan api.

Dalam mesej video pada 22 Mac, Marcos Jr berkata kerajaan sedang berbincang dengan India, China, Japan, Korea Selatan, Thailand dan Brunei mengenai kemungkinan pengaturan bekalan bahan api.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN