MANILA: Kerajaan Filipina sedang bekerjasama rapat dengan Washington bagi mendapatkan pengecualian khas untuk membeli bekalan minyak dari negara-negara yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) demi menjamin keselamatan tenaga negara. Filipina yang amat bergantung kepada bahan api import, pada Selasa mengisytiharkan darurat tenaga nasional bagi menangani kesan sampingan daripada peperangan di Asia Barat, termasuk kesukaran dalam perolehan bekalan minyak mentah. “Kami sedang berunding dengan Jabatan Negara AS untuk mendapatkan pelepasan…











