RIYADH: Beberapa negara, termasuk Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Qatar, Kuwait, Turkiye dan Australia mengesahkan esok sebagai hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Mahkamah Agung Arab Saudi telah bersidang untuk menentukan permulaan dan menetapkan tarikh rasmi 1 Syawal.
Keputusan itu dibuat selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan pada Rabu di kawasan-kawasan tersebut yang bermaksud Aidilfitri akan disambut selepas 30 hari Ramadan.
Pemerhatian Astronomi Universiti Majmaah. Hawtat Sudair, Arab Saudi mengumumkan keadaan saintifik untuk melihat anak bulan Syawal 1447 Hijrah.
Menurut pengiraan pemerhatiannya, pada Rabu, bulan dijangka terbenam kira-kira 30 minit sebelum matahari terbenam.
Waktu terbenam bulan ialah pada 5.38 petang waktu tempatan. Matahari terbenam pada 6.08 petang waktu tempatan menjadikan pemerhatian anak bulan mustahil pada hari tersebut.
Awal bulan ini, Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi mengumumkan bahawa cuti Hari Raya Aidilfitri untuk pekerja di sektor swasta akan bermula malam pada Rabu dan berlangsung selama empat hari, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Buruh negara itu.
Dalam pada itu, Palestin secara rasmi mengumumkan bahawa Jumaat adalah hari sambutan Hari Raya Aidilfitri
Yemen mengesahkan bahawa Jumaat akan menyambut 1 Syawal.
Lubnan, Kuwait, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar secara rasmi mengumumkan esok sebagai sambutan hari raya. – AGENSI










